

| Apa itu Dropbox? | 1 |
| Berada di mana saja | 2 |
| Perkongsian mudah | 3 |
| Sentiasa selamat | 4 |
| Beri kejutan pada diri sendiri | 5 |

Dropbox adalah pusat untuk semua foto, dokumen, video, dan fail anda. Apa sahaja yang anda tambah ke Dropbox akan muncul secara automatik pada semua komputer, telefon anda termasuklah laman web Dropbox — supaya anda boleh mengakses fail anda dari mana sahaja.
Dropbox juga menjadikannya mudah untuk berkongsi dengan orang lain, sama ada anda seorang pelajar atau pekerja, ibubapa atau warga senior. Sekalipun anda tertumpah kopi panas di atas komputer riba anda, tidak perlu takut! Bertenang kerana fail anda selamat di dalam Dropbox dan tidak akan hilang.

Dropbox bekerja keras untuk memastikan fail anda tetap sama di mana saja anda berada. Buka dokumen dari komputer di sekolah atau di tempat kerja, buat semakan dari telefon anda dalam perjalanan ke rumah, kemudian tambah kemasan terakhir menggunakan tablet dari ruang tamu anda.
Dengan apl tersedia bagi semua komputer, telefon, dan tablet anda, anda boleh menunjukkan video, foto dimuat naik secara automatik, atau buka dokumen dari mana sahaja.

Dropbox menjadikan perkongsian mudah. Jemput rakan-rakan, keluarga, dan ahli pasukan anda ke mana-mana folder di dalam Dropbox anda, dan ianya seperti anda menyimpan folder itu terus ke komputer mereka.
Anda juga boleh menghantar pautan ke fail, foto, dan folder tertentu di dalam Dropbox anda. Ini menjadikan Dropbox sempurna bagi projek pasukan, berkongsi foto parti dengan rakan-rakan, atau merakam album pertama kumpulan anda.

Sekali pun komputer anda mempunyai masalah atau telefon anda rosak termasuk air, fail anda akan sentiasa selamat di dalam Dropbox dan boleh dipulihkan dalam sekelip mata. Dropbox adalah seperti mesin masa yang membenarkan anda membuat asal kesilapan dan juga memulihkan fail yang anda terbuang.

Lebih 300 juta orang di seluruh dunia bergantung kepada Dropbox untuk membantu mereka mereka bentuk bangunan, mencipta lagu, menjalankan perniagaan, malah menyelaraskan bantuan bencana. Sama ada anda seorang usahawan atau guru, jurugambar atau ahli astronomi, artis atau aktivis, Dropbox memudahkan hidup anda.
Lihat cara hebat lain orang menggunakan Dropbox dari Rio ke Reykjavík atau mulakan sekarang!
